"Jika kita asyik berfikir menggunakan akal,
banyak perkara yang tak terjangkau dek akal.
Jika kita merasa dengan hati, kepekaan itu
boleh sampai hingga ke langit ketujuh."
Piccredit: heartmath.org
"Bukan semua ilmu boleh difahami
dengan akal,
ada ilmu yang harus difahami
melalui hati." ~ EymanHykal
Malaysia seusiaku.
Aku seusia Malaysia.
Fizikalku tak mudah penat.
Mentalku belum lagi.
Spiritualku masih dahagakan ilmu.Aku masih berlari.
Move on.
Just move on.
My life marathon is
solely mine to be won!
ZAMAN DAH BERUBAHMasa kita pakai sms,
bila kita janji nak contact member,
kita akan kata...'nanti I sms kat you ya?' Bila kita pakai whatapps...
kita kata...'nanti I wassap kat you ya?' Tapi bila kita pakai telegram
kita akan kata...
'nanti I GERAM kat you ya?'
Piccredit: treehugger.com
'Menulis itu adalah sebuah kemahiran
untuk mengkoordinasi aliran fikiran di minda
ke jejari di papan kekunci.' ~ EymanHykal
Piccredit: creativebloggers.net
JIKA KITA HENDAK BERTINDAK...
Hari ini seorang staf saya yang cekap dan rajin datang untuk memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja di unitnya untuk memajukan akhbar Sinar Harian. Sambil mengangguk, saya nyatakan suka dan yakin dengan rancangannya. Kemudian dia tanya saya, bila seharusnya dia mulakan rancangannya itu?
Lalu saya jawab, 'NIKE!'
Dia terkelip-kelip seketika. Tapi kemudian dia tersenyum simpul kerana faham apa maksud saya, langsung terus berlalu.
DI ANTARA BAIK DAN JAHAT
'Bila kita fikir kita ini dah baik,
kita akan lakukan kejahatan...
bila kita fikir yang kita ini sudah jahat,
kita akan lakukan kebaikan.'
- EymanHykal.
JALAN LEBIH SINGKAT
MENUJU KEJAYAAN
"Bila kita gagal,
jangan asyik fikirkan mengapa kita jatuh.
Fikirkan mengapa kita
boleh berjaya dan naik sebelum ini!Ia menjimatkan masa
untuk bangkit kembali!" ~ EymanHykal
AZAN ITU DAKWAH
Setiap kali terdengar suara azan yang mendayu,
hati selalu berkata... andainya semua muazzin dapat niatkan
agar suaranya itu bukan sahaja memanggil kita untuk bersolat,
bahkan memanggil manusia menyukai Islam...
nescaya semua suara azan dapat
mengetuk hati manusia untuk memeluk agama
yang suci ini...