Sunday, June 9, 2013

RINDU DAN AIR MATA


 
Jika rindu itu bunga cinta,
air mata itu  pula adalah
embun di kelopaknya.

                                                                 ~ Eyman Hykal

Kapsyen novel KAU SAYANGKU
Karya: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Terbit: Ogos 2005

Nota:
Kapsyen-kapsyen novel yang saya paparkan adalah hasil renungan saya ketika bertugas sebagai Pengurus Besar ALAF 21 Sdn Bhd DARI 1997-2009. Setelah membaca sinopsis sesebuah novel, saya akan mencipta kapsyennya. Sesudah menulis satu atau dua kapsyen, saya akan bertanya kepada semua editor sama ada kapsyen itu sesuai atau sebaliknya. Persetujuan mengenai sesebuah kapsyen itu diperoleh secara konsensus dengan semua Editor ALAF 21. Saya merakam kapsyen di atas sebagai kenangan dalam salah sebuah kerjaya saya yang cukup membahagiakan.