Saturday, December 4, 2010

TERASA DIRI INI MALAIKAT

"Kadangkala kurasa diriku seperti malaikat...
kerana setiap kali menghampiri mereka yang sedang
berbual-bual...
tiba-tiba mereka menyepi!"

~ EymanHykal.

Sunday, November 14, 2010

BAIK DAN BURUKNYA BERTENGKAR


Foto: insidetech.monster.com

"Pertengkaran adalah pergeseran.
Pergeseran melahirkan percikan tenaga.
Kawal tenaga itu dan ia menjadi bara.
Biarkan ia hingga bernyala
dan kita pula yang akan
rentung!"

~ EymanHykal.

Friday, November 5, 2010

DARI MINDA KE KERTAS


Foto: davidfoster.tv


"Di antara cabaran seorang penulis
ialah bagaimana mengempang idea
yang mencurah-curah dari minda
ke jari-jemari di papan kekunci."
~ EymanHykal.

Monday, November 1, 2010

CARA MENGEPUNG IDEA AGAR TAK HILANG


Foto: Centoiso.com


"Idea itu umpama kupu-kupu yang berterbangan.
Ia tidak boleh ditangkap dengan cara kasar.
Nanti, ia hancur dan tidak berguna lagi.


Sebaliknya ia mesti dirangkul dengan jejari minda,
agar idea itu terus berterbangan
dalam kerangka fikiran."

~ EymanHykal

Monday, October 18, 2010

JANGAN BERKIRA WAKTU KERJAMU


Foto: sciencekukuchew.com
"Aku sering tertanya,
mengapa aku mesti bekerja di waktu cuti?

Sedangkan aku langsung terlupa
yang aku kerap bercuti di waktu kerja!"


~ EymanHykal.

Tuesday, October 12, 2010

PERSONAL CHANGE


foto: mkf.org

"Diri kita mesti berubah.
Sekurang-kurangnya setiap tiga tahun sekali,
lakukan sesuatu perubahan besar untuk diri
samada mental, fizikal mahupun spiritual.


Jika tidak,
kita tidak akan dianggap relevan
oleh teman-teman sekeliling."


~ EymanHykal.

Saturday, October 9, 2010

THINKING


"A better way to think out of the box,
is to be out of the box!"

~ EymanHykal.

Saturday, September 25, 2010

INGIN TERUS BERJAYA?


Foto: myngle.com

"Andainya ingin berjaya,
lakukan seperti orang yang berjaya lakukan.

Andainya ingin terus kekal berjaya,
lakukan lain daripada apa yang orang berjaya
lakukan."

~ EymanHykal.

Monday, September 20, 2010

KETELUSAN

‎"Telus itu bukan sampai telanjang."
~ Eymanhykal.

Wednesday, September 15, 2010

UMPAT MENGUMPAT

"Mengetahui diri diumpat memang sakit.
Tetapi mengetahui
siapa orang yang mengumpat kita...
itu yang lebih memedihkan."


~ EymanHykal

Sunday, September 5, 2010

PERANAN PEJUANG

"Dalam perjuangan ini,
aku hanyalah si pemukul gendang.

Meskipun terikat tangan,
kepalaku masih mampu digunakan

untuk memalu sekuat tenaga
bagi para pejuang nun di hadapan."

~ EymanHykal

Saturday, August 28, 2010

COMMON SENSE

"Kita hidup di zaman huruhara pemikiran
kerana banyak sekali common sense
sudah tidak lagi common."

~ EymanHykal

Sunday, August 22, 2010

MENGHARAP KASIH MANUSIA

"Jangan mengharap sepenuh kasihku.
Kerana kasihku tak akan cukup. Sebaliknya,
dambakan kasih ALLAH, kerana Dia Ar-Rahman,
Yang Mencipta rasa kasih itu." ~ EymanHykal.

Friday, August 20, 2010

JANGANLAH MENGONGKONG

"Kalau pun kita sukai mawar di tangan,
janganlah digenggam tangan itu.

Kelak, mawar itu
akan remuk dan cepat layu." ~ EymanHykal.

Tuesday, August 17, 2010

ELAKKAN UJUB

"Hati kecil ini
selalu menyedarkan yang aku ini
masih berperangai ahli dunia
setiap kali aku perasan yang diri ini
sudah berperibadi ahli syurga." ~ EymanHykal

Friday, August 6, 2010

MENYAMPAIKAN SALAM

"Apabila kita ucapkan 'assalamualaikum'
pada seseorang, niatkan salam itu benar-benar
mendoakan agar seseorang itu sejahtera
di sepanjang hari.


Biarlah salam itu dari hati.
Sebab jika dari bibir, ia tak ubah
sekadar salam plastik!" ~ EymanHykal

Wednesday, July 21, 2010

Kepengikutan (Followership)

"Orang di belakanglah
yang menjadikan
orang yang di hadapan itu,
ke hadapan."

REZEKI

"Meskipun kita mengunyah
makanan yang tak sedap di sebuah gerai,
jangan marah tukang masaknya.


Sebenarnya itulah
bahagian rezeki kita pada hari ini." ~ EymanHykal.

Friday, July 16, 2010

Dosa & Pahala


Di sisi ALLAH...
Satu kebaikan sepuluh pahala,
satu keburukan satu dosa.

Di sisi manusia,
Satu kebaikan satu pahala,
satu keburukan sepuluh dosa!

Wednesday, July 14, 2010

POTENSI DIRI

“Jadilah seperti benih yang baik…
jatuh ke laut menjadi pulau,

bergolek ke darat menjadi bukit,

tercampak ke langit menjadi satelit!”


Ini bukan madah saya. Ia diucapkan oleh
Datuk Abdullah Ahmad, bekas pentadbir RISDA
dalam sebuah ceramah
yang saya ikuti.

Friday, July 2, 2010

CINTA YANG BERLEBIH-LEBIHAN

‎"CINTA akan bertukar menjadi
GANAS apabila manusia mencintai sesuatu
melebihi cintanya kepada ALLAH." ~ EymanHykal

Wednesday, June 30, 2010

LUPA QANAAH

"Apabila kita terlalu inginkan sesuatu
hingga berasakan apa yang kita ada itu tidak elok,
ia adalah petanda yang kita sudah lupa bersyukur."
~ EymanHykal

Friday, June 25, 2010

WORK HARD, WORK SMART

"In order to work smart,
you have to work hard!"
- EymanHykal

Thursday, June 17, 2010

MENGHORMATI ILMU

"Yang penting pada hari ini
bukanlah siapa yang mengajar siapa,
atau siapa yang belajar daripada siapa,

tetapi sikap kita menghormati ilmu dan
menghormati siapa yang ahli di bidangnya."

Friday, June 11, 2010

Buat Renungan


KEMANISAN UJIAN

Mana yang kamu pilih?
Kemanisan ketika kesenangan
atau
kemanisan ketika kesusahan?


Renungan dipapar di Facebook pada 12.6.2010.

Wednesday, June 9, 2010

Kehadiran & Kehilangan


Imej: Shasays.wordpress


KEHADIRAN adalah untuk
ketenangan hari ini,
KEHILANGAN adalah untuk
kebaikan hari esok.

Thursday, May 27, 2010

BERJUDI

'Apabila kita BERJUDI,
hidup kita menjadi seperti BOLA;
ditendang, ditanduk dan dibaling
hingga masuk GOL!'

~ EymanHykal

Friday, May 21, 2010

MEMAAFKAN MANUSIA

"Setiap hari kita berdoa
memohon ampun kepada ALLAH
di atas dosa-dosa kita terhadap-NYA.


Dalam waktu yang sama,
apakah kita mengampunkan manusia
yang berbuat dosa terhadap kita?"


~ EymanHykal

Wednesday, May 5, 2010

UBAT DAN PENYAKIT

"Kalau yang manis itu ubat,
yang pahit itu penyakit,
tentu semua ubat manis-manis, ya?"


~ EymanHykal

Tuesday, May 4, 2010

UBAT DAN PENYAKIT

"Manis itu penyakit, pahit itu ubat."

~ EymanHykal

Friday, April 9, 2010

DOSA & PAHALA

‎'Senangnya dapat pahala percuma,
mudahnya peroleh dosa free!'


~ EymanHykal

Thursday, April 1, 2010

PERCEPTION

‎'Don't judge a book by its cover.
Similarly, don't judge a news by its heading!'

~ EymanHykal

Wednesday, March 31, 2010

JIWA YANG HIDUP

"Jiwa yang hidup
adalah kompas agar niat tidak berubah.
Ia lurus tersasar ke arah matlamat
hidup dan mati kita."


~ EymanHykal

Tuesday, March 16, 2010

PANDUAN BERJAYA

"Kalau nak berjaya
dengan mencontohi mereka yang sukses,
jangan tiru gayanya,
tetapi contohilah dayanya."


~ EymanHykal