DI ANTARA BAIK DAN JAHAT
'Bila kita fikir kita ini dah baik,
kita akan lakukan kejahatan...
bila kita fikir yang kita ini sudah jahat,
kita akan lakukan kebaikan.'
- EymanHykal.
Tuesday, July 22, 2014
Thursday, July 17, 2014
CARA BERFIKIR
JALAN LEBIH SINGKAT
MENUJU KEJAYAAN
"Bila kita gagal,
jangan asyik fikirkan mengapa kita jatuh.
Fikirkan mengapa kita
boleh berjaya dan naik sebelum ini!
Ia menjimatkan masa
untuk bangkit kembali!"
~ EymanHykal
Monday, June 9, 2014
SUARA AZAN
AZAN ITU DAKWAH
Setiap kali terdengar suara azan yang mendayu,
hati selalu berkata... andainya semua muazzin dapat niatkan
agar suaranya itu bukan sahaja memanggil kita untuk bersolat,
bahkan memanggil manusia menyukai Islam...
nescaya semua suara azan dapat
mengetuk hati manusia untuk memeluk agama
yang suci ini...

Thursday, October 3, 2013
BERMUSUH DAN BERSAHABAT DENGAN DIRI
Photo credit: 123rf.com
"Kamulah
sahabat setia untuk dirimu.
Kamu jugalah
musuh paling jahat bagi dirimu."
(ini adalah adunan kata-kata
'you are your own best enemy and your own best friend.'
Saya tak temui kata-kata ini dalam satu mutiara kata.
Justeru, saya gabung dan terjemahkan).
Wednesday, October 2, 2013
KALAU PASAL MAKAN... BUDAYA TOLAK KE TEPI
Photo credit: cordanalieya.blogspot
Kalau kita boleh marah-marah dengan pengagungan bahasa Inggeris,
mempersoal mereka yang berbahasa rojak, berbahasa pasar atau menulis
mengikut ejaan SMS, kenapa kita tidak kisah kalau kita suka
donat daripada kuih keria?
Bukankah makanan i...tu sebahagian daripada budaya kita?
Bukankah bila kita mengenepikan menu dan resipi tradisi Melayu,
ia juga bermakna kita mengkesampingkan sebahagian daripada budaya kita?
Tidak rasa terkilankah menolak sebahagian daripada budaya?

Tuesday, October 1, 2013
NOSTALGIA MAKAN
Photo credit: msihua.com
SEMALAM bertemu seseorang di sebuah cafe.
Minum cappucino yang ada Latte-Art. Teringat bubur pulut hitam
yang emak masak. Di atas pulut semangkuk tu ada lukisan awan
larat yang dibuat daripada santan.
Betapa zaman telah berubah...
Thursday, July 25, 2013
BILA CINTA SUDAH PASTI
Cinta itu amat sukar dimengerti
walaupun sesudah bersatu hati ~ Eyman HykalKapsyen novel DEMI KASIH INI
Karya: Hasreeyati Ramli
Terbitan: Alaf 21
Terbit: Sept 2005
Nota:
Kapsyen-kapsyen novel yang saya paparkan adalah hasil renungan saya ketika bertugas sebagai Pengurus Besar ALAF 21 Sdn Bhd DARI 1997-2009. Setelah membaca sinopsis sesebuah novel, saya akan mencipta kapsyennya. Sesudah menulis satu atau dua kapsyen, saya akan bertanya kepada semua editor sama ada kapsyen itu sesuai atau sebaliknya. Persetujuan mengenai sesebuah kapsyen itu diperoleh secara konsensus dengan semua Editor ALAF 21. Saya merakam kapsyen di atas sebagai kenangan dalam salah sebuah kerjaya saya yang cukup membahagiakan.
Sunday, June 9, 2013
RINDU DAN AIR MATA
Jika rindu itu bunga cinta,
air mata itu pula adalahembun di kelopaknya.
~ Eyman Hykal
Kapsyen novel KAU SAYANGKU
Karya: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Terbit: Ogos 2005
Nota:
Kapsyen-kapsyen novel yang saya paparkan adalah hasil renungan saya ketika bertugas sebagai Pengurus Besar ALAF 21 Sdn Bhd DARI 1997-2009. Setelah membaca sinopsis sesebuah novel, saya akan mencipta kapsyennya. Sesudah menulis satu atau dua kapsyen, saya akan bertanya kepada semua editor sama ada kapsyen itu sesuai atau sebaliknya. Persetujuan mengenai sesebuah kapsyen itu diperoleh secara konsensus dengan semua Editor ALAF 21. Saya merakam kapsyen di atas sebagai kenangan dalam salah sebuah kerjaya saya yang cukup membahagiakan.
Tuesday, May 7, 2013
UBAH ATAU TUKAR?
Photo credit: insite.com.br
"Jika kita mahu berubah,
mengapa perilaku kita sering
tidak gambarkan yang kita
sedang berubah?"
~ EymanHykal
Sunday, April 28, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)