Thursday, July 24, 2014

NIKE!

JIKA KITA HENDAK BERTINDAK...


Hari ini seorang staf saya yang cekap dan rajin datang untuk memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja di unitnya untuk memajukan akhbar Sinar Harian. 

Sambil mengangguk, saya nyatakan suka dan yakin dengan rancangannya. Kemudian dia tanya saya, bila seharusnya dia mulakan rancangannya itu?
Lalu saya jawab, 'NIKE!'

Dia terkelip-kelip seketika. Tapi kemudian dia tersenyum simpul kerana faham apa maksud saya, langsung terus berlalu.

Tuesday, July 22, 2014

JANGAN PERASAN

DI ANTARA BAIK DAN JAHAT

'Bila kita fikir kita ini dah baik, 

kita akan lakukan kejahatan... 
bila kita fikir yang kita ini sudah jahat, 
kita akan lakukan kebaikan.


                                                                 

- EymanHykal.

Thursday, July 17, 2014

CARA BERFIKIR


JALAN
LEBIH SINGKAT

MENUJU KEJAYAAN


"Bila kita gagal,
jangan asyik fikirkan mengapa kita jatuh.


Fikirkan mengapa kita
boleh berjaya dan naik sebelum ini!

Ia menjimatkan masa
untuk bangkit kembali!"


                                                 ~ EymanHykal