Jika rindu itu bunga cinta,
air mata itu pula adalahembun di kelopaknya.
~ Eyman Hykal
Kapsyen novel KAU SAYANGKU
Karya: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Terbit: Ogos 2005
Nota:
Kapsyen-kapsyen novel yang saya paparkan adalah hasil renungan saya ketika bertugas sebagai Pengurus Besar ALAF 21 Sdn Bhd DARI 1997-2009. Setelah membaca sinopsis sesebuah novel, saya akan mencipta kapsyennya. Sesudah menulis satu atau dua kapsyen, saya akan bertanya kepada semua editor sama ada kapsyen itu sesuai atau sebaliknya. Persetujuan mengenai sesebuah kapsyen itu diperoleh secara konsensus dengan semua Editor ALAF 21. Saya merakam kapsyen di atas sebagai kenangan dalam salah sebuah kerjaya saya yang cukup membahagiakan.
Mendalam maksudnya, uncle. :)
ReplyDeleteSemasa sekolah, membaca novel Alaf 21 adalah hobi.
:)
ReplyDelete